Siapa Kak Yatt

Assalamualaikum wbt, selamat sejahtera buat semua pembaca dan selamat datang ke blog Kak Yatt.

Salam perkenalan buat semua. Kak yatt ni bukannya artis atau influencer yang terkenal.

Jadi kenalah Kak Yatt kenalkan diri. Harap – harap sudilah kawan-kawan teruskan pembacaan.

Nama diberi Roshayati Bt Ibrahim @ Ghazali.

Mek, ayah, adik beradik, sedara mara panggil Ti.

Tapi mendapat gelaran Kak Yatt daripada kawan – kawan semasa menuntut di MRSM Pengkalan Chepa.

Dilahirkan pada 9hb Januari 1973 di Kg Paloh, Wakaf Bharu, Kelantan. Merupakan anak kedua dari 9 orang adik beradik.

Kini Kak Yatt menetap di Kangar, Perlis.

Dilahirkan pada 9hb Januari 1973 di Kg Paloh, Wakaf Bharu, Kelantan. Merupakan anak kedua dari 9 orang adik beradik. Kini Kak Yatt menetap di Kangar, Perlis.Selepas SPM, Kak Yatt melanjutkan pelajaran di USM dalam jurusan Sains Farmasi.

Alhamdulillah pada tahun 1998, Kak Yatt secara rasminya bergelar Ahli Farmasi yang berdaftar .

Dah tertulis rezeki Kak Yatt di bahagian farmasi komuniti. 7 tahun mengumpul pengalaman bekerja dengan 3 orang majikan. 

Syukur tak terhingga pada tahun 2005, Allah bagi rezeki Kak Yatt boleh memiliki farmasi sendiri yang diberi nama Farmasi ArauNama dicadang oleh arwah bapa mertua sempena nama lokasi farmasi iaitu di bandar diraja Arau.

Itu serba sedikit mengenai diri Kak Yatt.

FAMILY KAK YATT

Eh! Pasal family tak cerita lagikan ? Jom Kak Yatt cerita serba sedikit pasal keluarga kecil Kak Yatt.

Ditakdirkan Kak Yatt bertemu jodoh dengan orang jauh nun di utara, Ahmad Shukran Bin Ahamad Razali, anak kelahiran negeri Perlis Indera Kayangan.

Kini kami dikurniakan 3 orang cahaya mata, 2 orang puteri & seorang putera.

Anak sulung bernama Irdina Najihah, 24 tahun. Tahun akhir di UIA Gombak.

Yang tengah Muhammad Amir Asyraf, 19 tahun. Baru je masuk USM, Nibing Tebal.

Yang paling kecik baru je nak masuk sekolah tahun 3. Diberi nama Nur Sofia Zofira, 9 tahun.

APA YANG AKAN KAK YATT SHARE DALAMBLOG NI ?

Emm…. Dalam kepala ni macam-macam Kak Yatt nak tulis. Semoga Allah bagi kelapangan masa dan bagi idea untuk terus menulis.
InsyaAllah Kak Yatt akan gunakan pengalaman selama 25 tahun bergelar Ahli Farmasi untuk menulis.

Kak Yatt akan berkongsi tips-tips kesihatan, maklumat mengenai ubat-ubatan, info-info mengenai penyakit serta masalah kesihatan, cara rawatan penyakit-penyakit tertentu dan banyak lagi berkisarkan kesihatan.

Sebagai pengguna tegar produk Shaklee & leader in Shaklee, sekali-sekala Kak Yatt akan berkongsi dengan pembaca tentang vitamin shaklee dan peluang menjana pendapatan bersama Shaklee.

Kak Yatt juga akan menulis secara santai aktiviti bersama keluarga.

Kak yatt juga teringin nak menulis ilmu agama sebagai self reminder untuk mendekatkan diri kepada pencipta serta amalan-amalan sebagai bekalan untuk ke syurga.

 

KANSER FIGHTER

Kak Yatt pasti ramai kat luar sana adalah cancer fighter. Kak Yatt juga salah seorang bekas pesakit kanser.

Jadi Kak Yatt akan berkongsi pengalaman Kak Yatt melawan penyakit yang sangat ditakuti oleh semua orang.

Semoga ia menjadi pembakar semangat dan motivasi kepada pesakit kanser.

Kak Yatt mohon sahabat-sahabat doakan semoga Kak Yatt diberi kesempatan untuk menulis. InsyaAllah.

Itu je untuk kali ini. Semoga sahabat-sahabat sudi-sudilah menjenguk blog Kak Yatt lagi.

Bye, hingga berjumpa lagi di lain masa.

Assalamualaikum wbt.

Hubungi Kak Yatt untuk rundingan dan cadangan nutrisi

Sama ada untuk Produk Shaklee atau rundingan untuk produk farmasi dan nutrsi